๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ข๐ซ๐ž๐ค๐š @ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐€๐ญ๐ซ๐ข๐ฎ๐ฆ, ๐Š๐‡๐“๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž

Karnival Maireka @Kedah 2024 telah melabuhkan tirai setelah berlangsung dari 28 Julai 2024 sehingga 10 September 2024 dengan penglibatan 7 buah sekolah diseluruh negeri Kedah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Lembaga Maktab Mahmud dan MRSM.

Majlis Perasmian Penutup yang julung kalinya diadakan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Md Samat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi & Penerangan Negeri Kedah diiringi oleh YBhg. Dato’ Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.

Antara aktiviti yang diadakan sempena majlis penutup ini adalah Pameran STEM, Bengkel Teknologi, Pameran Bas Bergerak oleh Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) serta Showcase Kereta Elektrik (EV) dan perasmian Pusat Pengecasan Kereta Elektrik (EV Charging Station) yang disediakan di KHTP Business Centre bagi kegunaan ramai.

Program hari ini turut menyaksikan Perasmian Kulim Hi-Tech Park Xperience Centre (KXR), sebuah galeri digital yang menyediakan platform kepada pelabur dan komuniti untuk merasai pengalaman berkaitan KHTP secara maya.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, IPTA, IPTS dan seluruh Rakan Digital KEDAH Digital Centre yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Skip to content