๐ฒ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐๐น๐ถ๐บ
Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) menyumbangkan 40 unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Kulim, Kedah. Simbolik penyerahan telah dilaksanakan oleh Y.Bhg. Datoโ Mohd Sahil Zabidi; GCEO KTPC kepada Dr. Mohd Ruhaifi Ali; Pengarah Hospital Kulim disaksikan wakil pengurusan tertinggi KTPC dan pengurusan hospital.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah sebahagian daripada usaha KTPC untuk lebih cakna kepada keperluan masyarakat setempat.
Selain itu, program ๐๐ฉ๐ฆ๐ฆ๐ญ๐ด ๐ฐ๐ง ๐๐ฐ๐ฑ๐ฆ ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (๐๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฐ๐ข๐ญ๐ด). Kerjasama dan hubungan baik antara KTPC dan Hospital Kulim terhadap keperluan ekosistem Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan;
SDG 3; menyumbang kepada peningkatan kualiti penjagaan kesihatan dan meningkatkan kehidupan pesakit;
SDG 11; menyokong pembangunan bandar yang mampan dengan memastikan aksesibiliti kepada hospital dan perkhidmatan kesihatan; dan
SDG 17; menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama dalam mencipta masyarakat yang lebih inklusif demi pembangunan mampan.
Diharapkan dengan adanya sumbangan melalui program ๐๐ฉ๐ฆ๐ฆ๐ญ๐ด ๐ฐ๐ง ๐๐ฐ๐ฑ๐ฆ ini dapat membantu pihak pengurusan hospital dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti.