๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—— ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ž

๐Ÿต ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐—›๐—ง๐—ฃ
KTPC berbesar hati menerima kunjungan serta lawatan kerja dari Pengarah Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM Berhad; En. Chow Khoon Liam bersama wakil dari SIRIM (AMREC) ke KHTP.
Lawatan kerja ini merupakan platform bagi perkongsian berkaitan potensi kerjasama dalam perkhidmatan, produk dan fasiliti yang boleh diusahakan bersama antara SIRIM dan KTPC.
Ketua Divisyen Inovasi & Pengurusan Prestasi KTPC merangkap Pengarah Eksekutif KHTP Sterilisation Services Sdn Bhd (KSS); En. Mustaffa Said turut berkongsi tentang perkembangan pembangunan di KHTP serta perkhidmatan yang disediakan oleh anak-anak syarikat KTPC.
Diharapkan dengan adanya sesi percambahan idea dua hala ini dapat mewujudkan peluang kerjasama antara SIRIM & Syarikat Kumpulan KTPC untuk masa hadapan.

Related Posts

Skip to content