๐ฎ๐ต ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฏ | ๐ฆ๐๐ฃ๐๐ก๐
Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang diwakili oleh En. Mustaffa Said telah menghadiri Majlis Persidangan Meja Bulat YB Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Majlis Penasihat Industri Politeknik (PIAC) 2023 yang dipengerusikan oleh YB Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di Hotel Sama-Sama, Sepang.
Pada majlis sama, KTPC turut hadir ke Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPPKK bersama 18 syarikat yang lain sambil disaksikan oleh YB Menteri.
Pertukaran MoU antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan KTPC adalah bertujuan untuk memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama dalam bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan melalui program Latihan Teknikal anjuran anak syarikat KTPC, iaitu Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd (KTechno).
Hadir sama pada majlis ini ialah YBhg. Datoโ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) menanggung kerja Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sufri Bin Hj Mohd Zin, Pengerusi Majlis Penasihat Industri Politeknik, Barisan Pengurusan Tertinggi KPT dan JPPKK, wakil industri serta Pengarah-pengarah Politeknik.